Tapway Perkenal VisionTrack bagi Pengilang Mengautomatikkan Pemeriksaan Mutu Keluaran

Lim Chee How, CEO of Tapway

Kuala Lumpur, 10 November 2021Tapway Sdn. Bhd. hari ini memperkenal VisionTrack, penyelesaian Visi kecerdasan buatan (AI) yang membantu pengilang menambah baik pemeriksaan mutu keluaran. Penyelesaian baru ini ialah platform pemeriksaan visual hujung ke hujung yang membolehkan sesiapa melatih dan menggunakan penyelesaian Visi AI yang dapat menangani keperluan kawalan mutu (QC) unik yang sekarang hanya dapat dilakukan oleh pemeriksa manusia. Ia membantu pengurus QC melaksanakan kerja mereka dengan lebih cekap dengan mengenal pasti keluaran yang cacat secara automatik dan melakukan pengelasan keluaran sebelum keluaran keluar dari tertib pengeluaran. Dengan menggunakan VisionTrack, pengilang dapat menghapuskan tugas menjerihkan yang biasanya dilakukan secara insani. Platform VisionTrack boleh didapati sekarang secara langsung daripada Tapway.

Lim Chee How, CEO Tapway berkata, “Automasi memain peranan penting dalam daya pengeluaran sambil ekonomi kita menerima revolusi perindustrian keempat atau IR 4.0. Pengilang tidak lagi boleh bergantung semata-mata pada tenaga kerja manusia untuk memeriksa ribuan keluaran dalam tempoh masa yang singkat. Platform VisionTrack kami dapat membantu pengilang mengubah pemeriksaan keluaran kepada proses yang jauh lebih cekap yang dilakukan oleh komputer yang terlatih. Tambah lagi, sistem juga lebih boleh diharap tanpa risiko kesilapan manusia atau kelesuan.”

VisionTrack Tapway boleh digunakan oleh perniagaan pengilangan sebarang industri. Sekarang, Tapway sedang memasarkan penyelesaian tersebut kepada pengilang dalam industri perladangan dan makanan & minuman (F&B) di Malaysia.

Bagi VisionTrack berfungsi, Tapway belajar daripada cara pemeriksa manusianya menjalankan pemeriksaan dan melatih model Visi AI yang dapat mematuhi piawaian mutu yang ditetapkan oleh pengilang.

Chee How menerangkan, “Sebagai contoh, di kilang yang mengeluarkan minuman berbotol, kami akan melatih model Visi AI yang khusus dan menggunakan model ini pada pelayan pinggir yang bersambung dengan kamera untuk mencari botol yang mempunyai lekuk, calar, atau sumbing dan mengeluarkan amaran. Semuanya dilakukan secara automatik oleh sistem yang pintar. Sistem Visi AI dahulu mengambil masa berbulan-bulan untuk melatih model yang sangat tepat tetapi dengan platform VisionTrack Tapway, anda boleh melatih dan menggunakan model dalam hanya beberapa hari.”

VisionTrack
VisionTrack helps workers to quickly identify whether oil palm fruits are stripped and unstripped, rather than having the workers to examine each individual fruits from time to time, before they classify the fruits. VisionTrack helps to shorten the quality checking time to increase efficiency of production lines.

VisionTrack baru-baru ini telah diuji oleh pengilang-pengilang dan salah satu daripadanya ialah ladang kelapa sawit tempatan. Sistem bertanggungjawab memeriksa tandan buah kelapa sawit dan keputusan menunjukkan sistem AI tersebut mempunyai ketepatan 95 peratus yang seterusnya membantu mengurangkan pembaziran pada buah kelapa sawit yang tidak ditanggalkan.

“Data yang kami kumpul melalui rakan kongsi kami, Amazon Web Services, menunjukkan penyelesaian Visi AI dapat meningkatkan pengeluaran pemeriksaan mutu sehingga 62 peratus,” Chee How menerangkan.

Tapway bermatlamat menghapuskan buruh berkemahiran rendah dan mengubah ekonomi dunia kepada tenaga kerja berkemahiran lebih tinggi, meningkatkan pengalaman dunia sebenar dan meningkatkan kecekapan operasi melalui personalisasi dan amaran pintar, dan akhirnya mempertingkat keselamatan dalam ruang fizikal.

Tentang Tapway:

Tapway menggunakan kuasa teknologi IoT dan Visi AI untuk mengubah dunia fizikal melalui automasi. Syarikat menyediakan platform untuk membina, melatih, mengguna dan memantau penyelesaian teknologi Visi AI dalam ruang fizikal untuk membantu perniagaan menghapuskan buruh kasar berkemahiran rendah, menambah baik pengalaman dan mutu perkhidmatan, dan meningkatkan keselamatan. Lawati kami di www.gotapway.com.

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen